NADI MAHIR MASAK_ SLS_Edisi Ramadan Bersama Chef Florence Tan Udang Masak Lemak Nenas & Biskut Bijan Rangup
26 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPPada 26 Februari 2026, telah berlangsung NADI MAHIR MASAK_ SLS_Edisi Ramadan Bersama Chef Florence Tan Udang Masak Lemak Nenas & Biskut Bijan Rangup. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Chef Florence Tan dan Cikgu Ros menerangkan resepi bagi Biskut Bijan Rangup bagi bahan A (Di Ayak) iaitu Tepung Gandum, Tepung Jagung, Serbuk Penaik dan Garam Secubit. Seterusnya, Chef Florence Tan dan Cikgu Ros menerangkan resepi bagi Biskut Bijan Rangup bagi bahan B iaitu Bijan Panggang Untuk Saduran, Telur Kuning 1 noss, Vanilla Esen 1 tsp, Mentega 135 gm dan Gula kastor. Selain itu, Chef Florence Tan dan Cikgu Ros menerangkan langkah-langkah penyediaan iaitu campurkan bahan A dalam mangkuk, masukkan mentega dan gaul, ramas sehingga menjadi macam serbuk roti, masukkan gula dan gaul rata, masukkan telur dan gaul sehingga mendapat doh yang lembut. Sudukan ½ camca besar doh ke dalam pinggan yang berisi bijan, sadur rata dan bentukkan bulat bulat. Tekan doh dengan garfu, letakkan di atas tin pembakar yang di atas dengan kertas pembakar, bakar pada suhu 165-170c selama 15-18 minit atau sehingga kuning keemasan dan keluarkan. Antara lain, Chef Florence Tan dan Cikgu Ros menerangkan bahan-bahan Udang Masak Lemak Nenas iaitu Udang, Nenas, Minyak Masak, Asam Keping, Daun Limau Purut, Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Buah Keras, Lengkuas, Serai, Belacan, Kunyit Hidup, Santan Kotak, Garam, Gula dan Serbuk Ikan Bilis. Akhir sekali, Chef Florence Tan dan Cikgu Ros menerangkan langkah-langkah penyediaan iaitu panaskan minyak dan tumis rempah bahan kisah sehingga wangi, masukkan nenas dan sedikit gula daripada bahan perasa. Tumis selama 7 minit, tuangkan air dan masukkan asam keping. Biarkan ia mendidih dan perlahankan api, renehkan kuah selama 15-20 minit, besarkan api dan masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sebentar dan hidangkan dengan nasi.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membantu peserta memahami cara untuk memasak Udang Masak Lemak Nenas & Biskut Bijan Rangup. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: